"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, February 21, 2009

Makna taqwa

Kalimah Taqwa selalu didengari oleh setiap orang Islam. Antara rukun khutbah ialah berpesan supaya bertaqwa. Kaum lelaki yang datang ke masjid pada hari Jumaat akan mendengar Khatib berkhutbah. Pesan Khatib "Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa". Para jemaah yang tak tidur masa khutbah mesti dengar pesanan ini. Persoalannya sejauh mana kita menghayati dan mengikuti saranan dan pesanan tadi? Apabila disebut perkataan taqwa apakah yang kita faham? Apa itu taqwa?

Al- Asfahani mendefinasikan taqwa sebagai menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa iaitu dengan meninggalkan sesuatu yang dilarang. Sahabat nabi, Ibnu Abbas mengatakan bahawa taqwa ialah berjaga-jaga terhadap Allah dan balasan-Nya, manakala Ibnu Mas'ud ketika mentafsirkan firman Allah yang mafhumnya"Bertawalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa", beliau mengatakan bahawa taqwa kepada Allah ialah Allah mesti ditaati bukan diderhakai, diingati bukan dilupai, disyukuri bukan dikufuri.

Satu ketika Amirul Mu'minin Umar bin Al-Khattab bertanya kepada Ubay bin Kaab tentang taqwa. Ubay membalas "Wahai Amiral Mu'minin, pernahkan tuan melalui jalan yang penuh dengan duri? Jawab Umar "Pernah". Ubay bertanya "Bagaimana tuan melaluinya? Jawab Umar "Saya akan menyisingkan betis saya dan saya akan berhati-hati ketika melangkah supaya tidak terpijak duri". Maka jawab Ubay "Itulah taqwa".

Khalifah Islam ke empat, Ali bin Abi Talib RA apabila ditanya apa itu taqwa lantas beliau menjawab bahawa taqwa itu ialah takut kepada Allah yang maha agung, beramal dengan Quran yang diturun, redha dengan sedikit, bersiap sedia untuk pergi ke tempat manusia dibangkit.

Sunday, February 8, 2009

Sikap

Kata orang sikap adalah penentu segalanya. Berjaya, gagal, sedih, gembira, ceria, muram, semuanya lahir daripada sikap tingkahlaku kita. Nak ubah sikap tak baik yang dah jadi habit dalam kehidupan memang susah. Kena mujahadah sungguh-sungguh. Lawan nafsu lawan kehendak naluri yang menjurus kepada perkara yang merugikan. Ubah diri sendiri sebab kitalah apa yang difikirkan. Orang lain tak boleh paksa kita supaya berubah.
"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar- ra'd, 11)

Saturday, February 7, 2009

Ikhlas niat

حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال: حدثنا سفيان قال: حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال: أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي: أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول: سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه علىالمنبر قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى، فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها، أو إلى امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجر إليه