"SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KALIAN"

Saturday, December 1, 2012

Petua Melembutkan Hati Kanak-kanak



Salam, ust..Blh minta petua utk lembutkan hati kanak2

Waalaikumussalam..
Petua untuk lembutkan hati kanak-kanak sudah banyak diberikan oleh para kaunselor samada dalam golongan agamawan maupun profesional. Antara yang banyak membincangkan tentangnya ialah pakar motivasi yang amat dikenali, Dr. Fadhilah Kamsah. Ustazah Nur Bahiyyah pun ada petua sebegini.

Untuk meraikan yang bertanya maka saya cuba jawab serba sedikit. Mengikut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002) “petua” ialah nasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang bepengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan.

Seperti yang tersebut dalam Kamus Dewan, saya simpulkan bahawa petua bukan fatwa yang wajib diikut dan bukan juga berdasarkan nas yang bersifat qat’i (pemutus). Banyak petua ustaz itu dan ustaz ini yang menganjurkan baca surah-surah atau ayat tertentu untuk melembutkan hati kanak-kanak.

Antara ayat yang dibaca ialah surah Taha ayat satu hingga lapan, surah ar Rahman ayat satu hingga empat dan diakhiri dengan surah al- syarh. Ada juga yang menganjurkan agar membaca surah al-asr tiga kali dan dihembuskan ke dalam hidung kanank-kanak ketika  dia menarik nafas semasa tidur.
Perlu disebut di sini bahwa al-quran semua sekali bersifat syifa’. Dalilnya Allah sebut:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (yunus:57).

Adapun ayat-ayat yang dibaca untuk melembutkan hati kanak-kanak itu maka ianya adalah petua daripada orang-orang dulu yang boleh kita amalkan sebagai salah satu jalan ikhtiar. Nak baca ayat lain boleh juga. Itu dari segi bacaan. Dari segi amalannya pula ialah seperti berikut:

1.Tangani dengan rotan
عن ابن عباس عن الرسول صلى الله عليه و سلم قال : " علقوا السوط حيث يراه أهل البيت ، فإنه أدب لهم " .
Hendaklah kamu menggantungkan rotan di rumah kamu di tempat yang boleh dilihat oleh ahli rumah.

2.Didikan berterusan
Kejayaan mendidik bukanlah datang sejurus setelah dididik. Ianya memerlukan masa yang panjang. Hari ini mereka nakal, besok jadi ahli fatwa. Siapa tahu kanak-kanak yang selalu menjajal lari dari sekolah itu kelak menjadi wali Allah.

3.Tarbiah melalui pengkisahan
Dengarkan mereka cerita-cerita tauladan yang boleh diambil pengajaran. Al-quran sendiri sarat dengan kisah tauladan. Kanak-kanak suka dengar cerita. Selitkan unsur tauladan daripadanya.

4.Tauladan yang baik daripada cikgu
Kalau kita cakap jangan merokok maka kita janganlah merokok. Dalam sukatan tahun lima buku agama ada sebut tentang kelebihan solat berjemaah. Kita ajar murid kelebihan solat berjamaah tapi kita tak berjamaah. Kanak-kanak tak admire kita.

5.Doa
Doa adalah senjata mukmin. Jangan tidak berdoa. Berdoalah kepada tuhan. Boleh doa dalam apa-apa bahasa. Contohnya “Ya Allah, jadikanlah kanak-kanak ini orang yang berjurus”.

إِنْ شَاءَ اللَّهُ



·  Slm ustaz. Sy mau tanya..
Penggunaan mana satu yang betul?
Insya Allah/Insyallah atau In Sha Allah?
Sebab sy ternampak satu artikel mengenai hal ini. Mohon penjelasan ustaz. Syukran. :)

Tulisan Insya Allah/Insyallah atau In Sha Allah ini ditulis dalam tulisan rumi. Jadi kesemuanya adalah salah kerana tak ikut tulisan asal berbahasa arab. Dari segi bacaannya hendaklah menepati kehendak bahasa Arab dari segi makhraj dan sifat hurufnya. Perkataan ini ada disebut dalam al-quran(al-fath:27):

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آَمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا

Tulisan yang betulnya ialah إِنْ شَاءَ اللَّهُ . Ramai pelajar saya termasuk ustaz ustazah j-QAF yang menulis إِنْشَاءَ اللَّهُ. Ini memang terang salah. 

Dari segi bacaan jika menggunakan tulisan rumi maka salah jika bacaanya salah tapi kalau bacaanya betul maka betul. Dari segi tulisan nak tulis Insya Allah ke, Insyallah atau In Sha Allah maka kena rujuk DBP bagaimana cara tulis daripada Arab kepada Melayu. Yang penting bacaannya mesti betul.

Solat Dengan Memakai Kasut




Soalan: Bolehkah bersolat dengan memakai kasut

Jawapan:

Sebelum saya jawab soalan di atas terlebih dahulu saya nak sebut bahawa perkara yang amat ditekankan dalam Islam ialah menuntut agar umatnya berilmu pengetahuan. Sungguh bahawa ilmu itu mesti ada sebelum beramal العلم مقدم من القول والفعل . Untuk bahagia di dunia kena ada ilmu, jika mahu gembira di sana kena ada ilmu, kalau mahu selamat dunia akhirat kena ada ilmu terlebih dahulu.

Ada satu kisah berlaku kepada sulthonil ulama, as-Syeikh Izzudin Adussalam. Masa beliau tak berapa arif tentang agama beliau ada bermimpi, tiga kali mimpi basah. Kali pertama mimpi apabila terjaga terus beliau mandi janabah kemudian tidur semula mimpi lagi, Apabila terjaga terus beliau mandi wajib. Tiga kali berturt-turut dia mimpi basah dan tiga kali dalam dalam satu malam beliau mandi wajib kerana sangkaannya jika berjunub terus kena mandi.

Keesokan paginya ramai sahabat mengziarahinya kerana beliau demam. Apabila beliau menceritakan bagaimana beliau demam maka para sahabatnya mentertawakannya. Anggapan bahawa perlu mandi segera apabila janabah sebenarnya tidak betul. Semenjak daripada itu beliau berazam untuk belajar dan akhirnya beliau muncul sebagai salah seorang ulama pada zamannya.

Kembali kepada persoalan tadi, bolehkah solat dengan memakai kasut. Jawapan ringkasya boleh. Jawapan panjangnya begini:
 
Umum mengetahui bahawa antara syarat sah solat ialah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis. Salah satu daripada pakaian ialah kasut. Jika pada kasut itu terdapat najis maka tidak sah solatnya kerana pada kasutnya ada najis, bukan kerana pakai kasut itu. Dalam satu hadis nabi S.A.W:

سئل أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رضي الله عنه ( أَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي نَعْلَيْهِ قَالَ نَعَمْ ) البخاري 386 مسلم 555 ،

Anas bin Malik ditanya adakah Nabi S.A.W  bersolat memakai kedua kasutnya maka jawab Anas: “Ya”.   

Nabi selalu menyuruh agar kita tidak menyerupai atau meniru Yahudi. Golongan Yahudi tidak bersembahyang dengan memakai kasut maupun setokin (khuf). Maka kita solat pakai kasut atau setokin.

 ( خَالِفُوا الْيَهُود فَإِنَّهُمْ لا يُصَلُّونَ فِي نِعَالهمْ وَلا خِفَافهمْ )

Bagaimana pula solat berkasut di dalam masjid? Jika masjid itu dihamparkan permaidani atau tikar sejadah dan sebagainya seperti yang terdapat pada masa sekarang, ulama mengatakan mesti menanggalkan kasut kerana dikhuatiri mengotorkan masjid dan akan menyebabkan para jemaah berasa tidak selesa.

Kesimpulannya jika kita bersolat di tempat selain dari masjid maka tak perlulah menanggalkan kasut untuk beramal dengan sunnah. Solat di padang, pantai, tepi jalan dan lain-lain. 




Nota tambahan: Musim-musi cuti ini ramai anak ikut program luar. Bagus kalau diajar solat tanpa menanggalkan kasut! Kredit gambar-gambar untuk Madani Jati Training & Consultancy

والله أعلم